Followers

Tuesday 14 May 2013

MELAYU SUDAH MENJADI KEPARAT..!!!!

Sewaktu aku membaca artikel berkaitan CEO AirAsia X, si Azran di Utusan Malaysia hari ini, hati kecil aku berkata-kata  dengan lantang dan sukar untuk aku menafikan kata-kata tersebut bahawa  Melayu ini terlalu BONGKAK, TIDAK SEDAR DIRI DAN LUPA DARI MANA ASAL USULNYA..!!!!  Inilah gambaran seorang orang melayu yang merasakan dirinya naik dengan hasil usaha dia sendiri tanpa bantuan kerajaan yang mana dasar bantuan tersebut adalah hasil usaha titik peluh perjuangan UMNO dan Barisan Nasional  untuk memastikan orang-orang Melayu dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di tanah airnya sendiri dan di dunia amnya .  Wadah suara orang-orang melayu iaitu Utusan Malaysia serta persatuan berteraskan KeMelayuan dikritik seolah – olah mereka ini terlalu rasis dom mak dom somat sekalian alam didalam memperkatakan hak orang melayu itu sendiri. Mungkin dia sebenarnya tidak faham maksud perkataan rasis itu atau cuba untuk menafikan ke”Melayu”an dirinya sendiri kerana malu dilahirkan sebagai Melayu.    Siapa tahu..??  Segalanya Mungkin…!!!

Eloklah benar saranan Pemangku Presiden PERKASA agar dibawak si mamat ni ber“tour” untuk melihat sendiri apa yang ditulis oleh akhbar-akhbar cina didalam memperkatakan hal rasis. Mungkin Melayu tulen boleh memberi sedikit penerangan ringkas apa yang dimaksudkan dengan rasis yang wujud dikala ini dan dikala sebelumnya. Siapakah yang sebenarnya rasis? Atau kita sarankan Azran untuk mengambil  semula matapelajaran Sejarah Tanah Melayu agar dia mempunyai pengetahuan yang sebenar dalam hal rasis yang dia sendiri nampaknya keliru.

Terpikir jugak aku  “betul kah si mamat nie org Melayu?” atau dia ni adalah saki baki mereka yang bernama “melayu” dan bergaya seolah-olah org “Melayu” tetapi jika di buat pemeriksaan darahnya mungkin akan didapati ada unsur-unsur dari pemakan bangkai yang cuba mengambil alih kuasa dengan jalan yang kotor dengan meliwat demokrasi yang mereka junjung.

Berikut adalah versi penuh artikel Utusan Malaysia berkaitan dengan mamat yang tak berapa nak Melayu ni…
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Azran diingatkan jangan terlalu bongkak, lupa diri
KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani diingatkan tidak bongkak sehingga tergamak mengkritik perjuangan Utusan Malaysia dalam memartabat maruah kaum Melayu.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, tindakan itu memperlihat seolah-olah Azran lupa tanpa kuasa orang Melayu seperti yang diperjuang Utusan Malaysia, beliau mungkin tidak mampu memegang jawatan seperti hari ini.

Malah, Abdul Rahman turut menyifatkan ahli korporat Melayu baharu itu bukan sahaja angkuh tetapi menafikan hakikat kedudukannya diperoleh hasil perjuangan pemimpin Melayu yang mempunyai kuasa politik.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya baru-baru ini memperlekeh Perkasa dengan menuduh fikiran sempit pertubuhan itu menyebabkan orang Melayu ketinggalan.

Ahli korporat baharu itu juga secara terbuka menyatakan perasaan meluatnya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.

Abdul Rahman berkata, perjuangan Perkasa mempertahan kuasa politik Melayu bertujuan membela nasib dan hak-hak kaum itu serta menyedarkan kumpulan liberal Melayu mereka sedang diperkuda pihak tertentu.
Tambah beliau, Perkasa sentiasa memperjuang supaya profesional Melayu mendapat tempat dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan sangat berbangga dengan kejayaan anak Melayu seperti Azran.

"Walau bagaimanapun, melihat kepada sikap sebenar Azran, tidak hairanlah ramai juruterbang Melayu mengadu kepada Perkasa kesukaran mendapat tempat di syarikat penerbangan AirAsia itu.

"Ingatlah, sekali hilang kuasa politik Melayu, maka hilanglah kedudukan Azran dan jangan bermimpi jawatan itu akan kekal sama ada kepadanya atau mana-mana orang Melayu selepas itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman mengingatkan Azran tidak sesekali 'menyentuh' Utusan Malaysia kerana akhbar itu merupakan satu-satunya wadah mempertahan hak orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

"Bagi kami, usik Utusan Malaysia bermakna usik Perkasa. Marilah berjumpa kami dan lihat sendiri apa yang ditulis akhbar-akhbar Cina. Saya pasti Azran akan tahu siapa yang rasis," katanya.
Dalam masa sama, Abdul Rahman menuntut penjelasan Pengerusi Air- Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tindakan Azran menarik balik iklan syarikat itu di Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai membunuh kepentingan orang Melayu.

1 comment:

  1. Ulasan yg baik.. memang azran tu manusia yg tak tahu di untung, apa dia ingt slama ni DAP ke bantu dia smpai ke thap skrg..

    ReplyDelete